Selamat Datang Insan Terpilih Berjiwa Kental,Hadirmu takdir tuhan,Selamat Berjuang

TRAVELOG DAKWAH OSAKA JEPUN (BINGKISAN GADIS KENTAL)


"Assalammualaikum" kepada sesiapa yang sudi membacanya...TRAVELOG DAKWAH KE OSAKA JEPUN..Satu kenangan dan pengalaman yang tak mampu aku lupakan..Tak pernah terfikir di dalam akal nak pergi ke tempat ini namun allah takdirkan sesuatu agar mendapat pengalaman dan ibrahnya...

 🌝Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi.Islam sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu pengetahuan. Allah menegaskan manusia supaya melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi.Kesemuanya itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan. Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari.

🌝Dalam firman allah dalam surah Al Luqman ayat 31 iaitu Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

nak tahu seterusnya panjang lagi ni...nukilan syahdu....tunggu....
penulisan ku akan jadi tatapan kenangan mungkin akan jadi rujukan,mungkin juga sebagai dakwah islam pelbagai cara...moga ku tinggalkan selembar penulisan ini memberi saham akhirat buatku...teruskan maju...

"kita bukan pemula,kita bukan pengakhir,tapi kita penyambung generasi islam"



Hari Ini Kita Bertemu Nanti Kita Berpisah

Sejenak Ku Teringat
Awal Waktu Bertemu
Dengan Kalian Sebagai Sahabatku
Tanda Kenangan Bukti Ukhwah Yg Satu...
Selamat Exam Final
Smoga Allah Permudahkan Segala Angan2x dan Impian

Kita Merancang Allah Juga Merancang

Assalammualaikum....KITA MERANCANG ALLAH JUGA MERANCANG...
Smalam baru tamat KURSUS KAWIN UNTUK KALI KEDUA...
tapi ....SEDIH....Awat eihhh....tak dapat ambil gambar dengan 2 sahabt aq..yg dah macam keluarga aq pon..hmmm
Terkilan..syahdu.. #poyo
Tak apalah aq bukan siapa siapa...tak ada yg special di sisi mereka huhu....mlihat org update  sana sini...
Aq tak update hehe kesian kan..tapi tak apalah aq da dewasa...mereka sahabat ku kerana allah...nak berkawan hingga ke syurga...hanya skdar tsenyum bahagia mlihat 2 org shbt ku ini bahagia dgn khidupnnya....slgi diri ini bernyawa doa buat sahabat sntiasa tercipta...

SEBUAH PERJUANGAN

KITA BUKAN PEMULA
KITA BUKAN PENGAKHIR
TAPI KITA ADALAH PENYAMBUNG

ASSALAMMUALIKUM........SAHABAT YANG DIRINDUI
LAMA SUDAH AQ MENYEPI
MENCARI NILAI DAN SEMANGAT DIRI
DENGAN SEBUAH HIDUP YANG REALITI


KITA ADALAH KHALIFAH
SIANG DAN MALAM TIADA LELAH
TERUS BANGKIT MENGEJAR FITRAH
SATU PERJUANGAN SUNGGUH INDAH


 
















HIDUP KITA IBARAT LUKISAN
BAIKLAH KITA
     INDAHLAH LUKISAN TERSEBUT
     SENTIASA DI TATAP SEBAGAI CONTOH
 

SMKA SATU PERJUANGAN YANG SUKAR

HUISHHHH.....ASSALAMMUALIKUM
PADA DIRI KU DAN SEMUANYA...YANG BERGELAR MANUSIA hihii

Memiliki amanah itu susah
Memikulnya sangat payah
Menjalankannya sangat parah
Seluruh keringat sudah diperah

tanggungjawab yang sukar namun hakikatnya....pelbagai kenangan yang tak dapat dilupakan
rupa-rupanya dalam kita sedar orang membenci kita rupanya mereka mahukan kehidupan kita
















Bebanan yang dipikul ini berat tanggungannya
namun telah kami cuba yang termampu
akhirnya telah kami tinggalkan sejuta kenangan bersama mereka pelajar SMKA
terima kasih kerana menghargai kami
berjuangnya kami dengan kutukan cacian
akhirnya perginya kami telah kamu susuli dengan kesedihan
hilangnya kami telah kamu semua rindukan terima kasih PELAJAR SMKA BANDAR PENAWAR

#KENANGANBRAVOO

KENANGAN PERJUANGAN

ASSALAMMUALAIKUM

Hanya gambar yang mampu berbicara
membuah senyuman walaupun sudah tidak berjumpa
semoga knangan ini akan setia
menemani hidupku setiap masa

























gambar lama yang pasti ia tak secantik mana pun namun kenagn nya sangat berharga
bila lihat kembali merungkai pelbagai cerita....selamat tinggal kenangan silam

#gambarburukkenangantetapada
#mukaduluakuheshhhhhh

SAHABAT KEMBAR

ASSALAMMUALAIKUM...

Kalam tinta masih berbicara
Menusuk Kalbu ketika merindu
Indah persahabatan mengigatinya
bagai ditusuk kasih sembilu

Berkawan hanya buat sementara
Namun hadir pelbagai cerita
Jadikan semangat mnempuh pancaroba
Jatuh dan bangkit hilang sakitnya

Bertahun juga kita berkawan
Kesana kemari dalam perjuangan
Siang dan malam mengumpul kekuatan
Dihina dicerca lumrah kehidupan

Belajar kita terus bersama
Tewas rebah onak dunia
Walaupun punah kadangkala
Tapi semangat tetap membara

Kini sudah saat masanya
Detik perpisahan tiba hujungnya
Walaupun jauh entahlah dimana
Doa sampai pada orangnya


wahai sahabat yang diingati...wahai teman yang disegani...wahai insan yang dirindui...wahai kenangan yang telah pergi..dulu kita sentiasa bersama..menempuhi segala galanya..jauh dari keluarga...banyak sangat sengketa...ujian menimpa sini dan sana tapi kita sentiasa bersama...
ia banyak mengajarku erti kehidupan mana sahabt mana satu lawan...org sekeliling membenci kamu berdua sudi menghampiri...orang semua memingiri...kamu datang semngat telah kau beri..sehingga akhirnya...

terima kasih yer wahai sahabat kenangan juga harapan yang sentiasa kekal diingatanku...banyak sungguh yang hendak diluahkan namun ini saja mampu dicoretkan....bingkisan hati milik tuhan biar allah yang tentukan selamt berjuang....

 hadir insan seperti kalian umpama permata dalam kehidupan


 kenangan bersamamu anugerah yang bernilai