Selamat Datang Insan Terpilih Berjiwa Kental,Hadirmu takdir tuhan,Selamat Berjuang

Selamat Datang INsan Terpilih


Selamat datang
saudara saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa
Selamat datang
wahai manusia yang pemalu lagi berkeperibadian kukuh
Selamat datang
saudara saudariku yang selalu belajar dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati
Selamat datang
saudara saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah
Selamat datang saudara saudariku yang terusik terhadap ketentuan yang diagungkan dan dihormati
Selamat datang sahabat sahabatku

Bingkisan rasa

Assalammualaikum Pembuka Bicara
Permula kisah di BLog saya
Ada gelak dan juga tawa
Smoga mnjadi sinar kpda smua
blog dibina bukan suka suka
Semoga memberi inspirasi kepada semua
Kisah hidup jalan tuhan yg esa
Perjalanan indah penuh panca roba
Dalam langkah ada jatuhnya
Turun dan naik ada kesedihannya
Hati tabah walaupun sering terluka
Kerana yakin allah ada bersama
Dari kecil sehingga dewasa
Kenal satu persatu isi dunia
Kadangkala tewas sering terlupa
Tapi allah sentiasa tunjuk jalannya
Hendak ditulis semua cerita
Bukan mengharap Belas manusia
tetapi sengaja meluah kannya
Agar menjadi cerita luahan rasa
Dari allah kita datang
Dari dia juga tempat kembali
Kitaran hidup tiada siapa menghalang
Supaya manusia sering menghayati