Selamat Datang Insan Terpilih Berjiwa Kental,Hadirmu takdir tuhan,Selamat Berjuang

Kita Perlu Tahu

SEMUA PERLU TAHU:
πŸƒπŸŒΏπŸŒΎπŸŒΉ
Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!
πŸ‘³
Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
(Subhanallah: bertepatan dgn sunnah bangun tahajjud)
πŸŒ…
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
(beruntung yg amal bangun subuh)
☕🚴
7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
⛳πŸ“–
9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
(sesuai amal dhuha)
πŸŽ‘πŸ’Ί
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
🍴
Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
(sunnah Nabi 'tidur ayam' seketika)
🏫☕🍌🍊
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
πŸ—ΎπŸŠπŸŠπŸš΅
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
πŸŒ‡
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
🏑
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
πŸŒ†
11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
πŸŒƒ
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan  kepada penglihatan dan badan lesu.
πŸ”­πŸ“š
Itulah ringkasan jadual waktu badan. Kalau dimendalamkan huraian sudah pasti semuanya bersesuaian dgn tuntutan agama Islam.

Anda Sudah???

Adakah anda sudah?
1) Bangun sepertiga malam & berdoa.
2) Bersuci, berwuduk & berdoa.
3) Solat sunat Taubat, Tahajjud & Hajat, Witir.
4) Membaca Al-Quran
5) Niat puasa dan bersahur.
6) Solat sunat di rumah.
7) Menjawab azan Subuh.
8) Berdoa selepas azan.
9) Solat sunat sebelum Subuh.
10) Solat Subuh berjemaah.
11) Pergi bekerja sambil berzikir, berselawat & beristighfar.
12) Bekerja, belajar, berniaga & sbgnya niat Lillahi Taala.
13) Solat sunat Dhuha.
14) Menjawab azan Zuhur.
15) Berdoa selepas azan.
16) Solat sunat sebelum Zuhur.
17) Solat Zuhur berjemaah.
18) Solat sunat selepas Zuhur.
19) Membaca Al-Quran selepas solat Zuhur.
20) Meneruskan kerja sambil berzikrullah.
21) Menjawab azan Asar.
22) Berdoa selepas azan Asar.
23) Solat Asar berjemaah.
24) Membaca Al-Quran setelah solat Asar.
25) Membuat persiapan berbuka puasa.
26) Bersedekah dan menderma.
27) Membaca doa berbuka puasa.
28) Segera berbuka dengan kurma & air.
29) Solat Maghrib berjemaah.
30) Bersiap ke masjid atau ke surau.
31) Solat tahiyatul masjid.
32) Menjawab azan Isyak.
33) Berdoa setelah azan Isyak.
34) Solat sunat Rawatib.
35) Solat Isyak berjemaah.
36) Tadarus dan tadabbur Al-Quran.
37) Mendengar kuliah atau tazkirah agama.
38) Minta ampun dengan ibubapa sebelum tidur.
39) Ampunkan kesalahan orang lain.
40) Muhasabah diri sebelum tidur

Apa Itu Futur

Alhamdulillah, Sedikit perkongsian tuk hari ini.
A: "Ehh kau futur x sekarang ni?" .
B: "Benda alah apa pulak futur ni?" Kalau future aku tahu lah. Future life, future husband.." Erkk! 😷 .
A: " 😏😏 Lain pulak perginya. Ok camni. Futur ni maksud dia satu perasaan lemah semangat dlm melakukan ibadah @ amal. Cthnya: solat & tadarus Al-Quran" .
Zaman Rasulallah S.A.W juga pernah merasakan futur, iaitu apabila wahyu tidak diturunkan kpd nabi dlm tempoh yg agak lama. .
Rasulallah merasakan dirinya futur, lemah. Baginda anggap dirinya tidak disayangi lagi oleh Allah. .
Lalu.. Allah pujuk Rasulullah dgn menurunkan surah Ad-Duha, bagi menenangkan hati Baginda yg resah. .
Sungguh hati ini rasa futur. Terlalu mudah goyah, dengan dunia. Terlampau mudah mengimpi syurga. .
Moga kita sentiasa dipelihara. Doakan aku, kamu & juga dia.
Moga kita dipelihara drpd sifat futur. .
#sakitnyatuhdisini
#tarbiahbagisentap
#dakwahbagisentuh
#AllahuMustaan