Selamat Datang Insan Terpilih Berjiwa Kental,Hadirmu takdir tuhan,Selamat Berjuang
Memaparkan catatan dengan label PENGALAMANKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGALAMANKU. Papar semua catatan

KENANGAN DI BAHAGIAN TADBIR DAN LOGISTIK DI ILMI



❤TADBIR DAN LOGISTIK DALAM KENANGAN❤ 


ok entry kalini nak citer tentang BTL bahagian tadbir dan logistikk di Institut Latihan Islam Angkatan Tentera Malaysia...masa awal dulu masuk aku di takdirkan ke unit ini..masa tu aq tahu mesti dalam hati semua orang dalam tu kata ekele...budak ni macam bongok2x je kihkih...dahlaa pakaian kadang tak kemas kihkih..kadang serabut...kadang tergopoh gapah....

awal masuk aku perati satu persatu dengan muka belagak budget bagus aku kih kih..tgok pebagai jenis tingkah laku...so aku folow the flow apa laa nasib aku akhirya yeayhh aq jmpa rentaknya so BTL yang aku sayangi aku suka kerja di dalamnya...dengan pelbagai kerja yang menguji akal fkiran kihkih aku suka sebab aq suka otak aku gerak hahaha...

aku knal gan dua org koperal aku panggi kak ros dan kak nisa...sorng askar darat sorang askar laut macam2x pengalam diorang cerita...heheh tapi apakan daya praktikal hanya 2 bulan...aku terlambat berkenalan serapatnya huhuhu...apakan daya itu sahaja masa yang telah allah beri...aku bahagia di BTL...
aku kenl koperal Aizal kprl Sam dan ramai lagi ada yang ada gambar ada yang tak..gan tuan OC

 setiap pagi aku dan kawan2x datang awal pagi rutin harian aku adaah hidupkan aircond...lepastu printkan kertas baris kehadiran...setiap pagi aku rindukan suara-suara mereka wanii....wanii....wanii...oooo wani...satu pejabat kesana kemari nama wani wani...wlopon nama agak ayu kihkih...aku suka bila nma di panggil lagi-lagi bila mem boss besar panggil berderau jantung...bukan takut tapi seram..tapi seram2x pon wlopon pagi2x muka garang tetap gaklaa aku bersemangat nak kerja...susah laa nak dpt senyuman dari mem yani huhu sebab askar mesti tegas..bila salam waktu pagi gan askar ni auranya luar biasa...semangt nak kerja seronok tengok telatah askar2 ni berkerja...hingga laa hari akhir perhhhhh syahduu weiii..tipu kalau aq cakap aq tak rindu...rindu sgt..gan smua orang dalam BTL...dua bulan yang bnyak sgt kenangannya...aku pnya seronok kerja sbtu ahad pon aku masuk pejabat...malam pon aku masuk pejabat...kalau lama lagi aku kat ILMI boleh aku ceriakn lagi pejabat tu tapi apakan daya allah x beri tanggungjawab itu kepada ku...apapon aku bhgia ada la juga kerja aku yang masih beri sekelumit manfaat buat mereka..

inilah tiga orang wanita yang aq kenali...askar kan  jadi susah la juga nak dptkan senyuman..sweet2x dari mereka..huhu tapi semagt dalam jiwa mereka tu menyerap aa dalam jiwa aku...bila mem panggil wanii..bila masuk serius muka dalam hati huhu apalah dalm hati dia erk berkata kata tentang aku huhu...billa berbual gan kak nisa dan kak ros aq ckp dalam hati apa agaknya kata kata dalam hati dorang ni tentang aku huhuh...apapon allah beri segalanya manis...di BTL cuma gambar x berpa banyak mana ntah hilang...huhu al maklumla henfon aku ada je masalah...
huhuu dua orang askar ni tahu je muka aku masam muncung...sorang suka ajak aku pi fly mngenali erti luar hahha beli kuih la kek la...heishh kalau berbulan aku kat situ perh pasti satu PD dah aku kenali...aq pulak suka berjalan...pernah satu hari menipu mem tapi x pandai menipu kihkih x memasal kena iron baju askar kat dobi...kelakar weii...😂



ini pulak sarapan bersma-sama mereka...tulah knagn saat2x terakhir...



tulah antara kerja kerja aku...banyak lagi tapi x yah lah tunjuk nanti menunjuk pulak kihkih....oklah sampai situje nak share ...bnyak lagi nak di coretkan tapi x semua benda kita boleh share...terima kasih ya allah dapt mengenali mreka..💝





SUPERWOMAN KENTAL

💟SUPERWOMAN KENTAL❤

Boss BTL



CIP yang sentiasa menceriakan

Kak ros dan Kak nisa

FUHH TANPA MEREKA TAK GERAK ILMI

Mem YANI




DUA BULAN BERGELAR PEJUANG


ASKAR WANITA KENTAL MEJAR MAZIYANI BINTI MANSOR

💝WANITA PEJUANG YANG KENTAL💝
MEJAR MAZIYANI BINTI MANSOR


ku tinggalkan penulisan ku di sini untuk sesiapa sahaja yang membacanya...mungkin satu hari nanti anak-anakku turut membaca penulisan ku ini...

MEJAR MAZIYANI BINTI MANSOR SEUNTAI ORKID KENANGAN ..


Orangnya sehebat namanya

seorang askar pejuang negara

wanita yang tangannya dalam diam menggoncang jiwa

Dalam derapan kakinya 

Memegang amanah taat setia yang diangkatnya dahulu

Pakaian yang dihadiahkan kepadanya

Menjadikan dia seorang askari pengangkat senjata,amanah dan kerjaya



Saat pertama kali mengenalinya

Terlihat susuk tubuh terdampak bangga

sejuta soalan ku muncul di minda

wanita askar berpangkat di dada

Bagaimana perjalanan hidupnya 

Pasti gerun yang mendengar pengalaman dirinya

Namun semua itu perjalanan dari tuhan untuknya



Takdir tuhan menetapkan aku untuk berjuang bersamanya

Mengapa perjuangan juga menjadi sebutan

Kerana aku di situ sjuta rasa perjuangan aku lalui

Dengan sejuta kesedihan tidak terperi

Pelbagai dugaan telah aku hadapi

Sehingga bonda ku mengatakan satu hari nanti akan ada seseorang menjadi tanda kemanisan



Beliau lah insan itu

mengajar aku sesuatu yang bermakna

aku perhati setiap saat kehidupannya

aku melihat setiap saat pergerakkannya

aku memandang kelebihannya

aku bangga dengan kehebatan yang tuhan beri kepadanya

aku juga menerima kelemahan dirinya

maka akhirnya dua bulan aku berjuang dengan kejayaan yang manis

tak mampu aku rungkaikan

hanya dengan kata-kata 

hakikatnya tuhan mengetahui segalanya



Segenap kata-kata aku berikan untuknya

Agar dirinya sentiasa kuat sehingga ke akhirnya

Semangat dalam dirinya

Melaksanakan seluruh tugasnya

Kadagkala insan lain tidak menilainya

Namun aku memerhati setiap inci jasanya

Lalu aku katakan dalam doaku

Hanya tuhan akan membalas jasamu



Pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidupnya

Kecemburuan insan lain terhadapnya

Tapi aku percaya allah sentiasa ada untuknya

Kerana tuhan tahu keikhlasan di jiwanya

Saat terakhir aku meninggalkan tempat itu

Air mata turut mengalir di wajahnya

Aku tahu insan ini juga merasa kesedihannya

Perjuangan selama dua bulan sudah sampai ke akhirnya

Namun persahabatan serta persaudaraan ini kekal ke jalan allah sehingga selamanya



Percayalah dengan kata-kata ku berjuang menempah susah

Menanggung derita fitnah

Itulah gelombang samudera perjuangan seorang pejuang

Berjuang tak pernah senang..ombak derita tak pernah henti

Segalanya silih berganti itulah sunnah orang berjuang

Berjuang memang pahit 

kerana syurga itu manis

bukan sedikit pedih yang di tagih

berjuang rela terhina demi kebenaran segalanya gantian syurga





Nukilan: Nur Zawani binti Zakaria (LI WANI)

Sempena Hari Tentera  2019






Natijah Seorang Musafir Kental

Sebelum Perjalanan

a)      Kami membaca doa menaiki kenderaan


b)      Niat Musafir

Solat sunat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
 bersabda,

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ
وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

 “Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.”







Cara Melakukan Solat Sunat Musafir


            1)      Niat




             2)        Lakukan seperti solat sunat biasa dengan membaca surah:

      Rakaat pertama:  Al-Kafirun atau Surah Al-Kafirun

      Rakaat ke-dua:   Al-Ikhlas Surah atau An-Naas


             3)        Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah Al-Quraish sekali.


      Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)



Antara Kelebihan Musafir

            ·         Mustajabnya doa orang yang sedang bermusafir bukan dengan tujuan melakukan maksiat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa ibu/bapa, doa orang bermusafir dan doa orang yang dizalimi" (HR Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
            ·         Mengqasarkan solat fardhu yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat.

            ·         Menjamak solat iaitu menggabungkan dua solat dikerjakan dalam salah satu waktu.

            ·         Boleh berbuka puasa jika tidak larat

            ·         Bertayamum




# GadisKental


#TravelogDakwahOsakaJepun