Selamat Datang Insan Terpilih Berjiwa Kental,Hadirmu takdir tuhan,Selamat Berjuang

DUA BULAN BERGELAR PEJUANG


ASKAR WANITA KENTAL MEJAR MAZIYANI BINTI MANSOR

💝WANITA PEJUANG YANG KENTAL💝
MEJAR MAZIYANI BINTI MANSOR


ku tinggalkan penulisan ku di sini untuk sesiapa sahaja yang membacanya...mungkin satu hari nanti anak-anakku turut membaca penulisan ku ini...

MEJAR MAZIYANI BINTI MANSOR SEUNTAI ORKID KENANGAN ..


Orangnya sehebat namanya

seorang askar pejuang negara

wanita yang tangannya dalam diam menggoncang jiwa

Dalam derapan kakinya 

Memegang amanah taat setia yang diangkatnya dahulu

Pakaian yang dihadiahkan kepadanya

Menjadikan dia seorang askari pengangkat senjata,amanah dan kerjaya



Saat pertama kali mengenalinya

Terlihat susuk tubuh terdampak bangga

sejuta soalan ku muncul di minda

wanita askar berpangkat di dada

Bagaimana perjalanan hidupnya 

Pasti gerun yang mendengar pengalaman dirinya

Namun semua itu perjalanan dari tuhan untuknya



Takdir tuhan menetapkan aku untuk berjuang bersamanya

Mengapa perjuangan juga menjadi sebutan

Kerana aku di situ sjuta rasa perjuangan aku lalui

Dengan sejuta kesedihan tidak terperi

Pelbagai dugaan telah aku hadapi

Sehingga bonda ku mengatakan satu hari nanti akan ada seseorang menjadi tanda kemanisan



Beliau lah insan itu

mengajar aku sesuatu yang bermakna

aku perhati setiap saat kehidupannya

aku melihat setiap saat pergerakkannya

aku memandang kelebihannya

aku bangga dengan kehebatan yang tuhan beri kepadanya

aku juga menerima kelemahan dirinya

maka akhirnya dua bulan aku berjuang dengan kejayaan yang manis

tak mampu aku rungkaikan

hanya dengan kata-kata 

hakikatnya tuhan mengetahui segalanya



Segenap kata-kata aku berikan untuknya

Agar dirinya sentiasa kuat sehingga ke akhirnya

Semangat dalam dirinya

Melaksanakan seluruh tugasnya

Kadagkala insan lain tidak menilainya

Namun aku memerhati setiap inci jasanya

Lalu aku katakan dalam doaku

Hanya tuhan akan membalas jasamu



Pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidupnya

Kecemburuan insan lain terhadapnya

Tapi aku percaya allah sentiasa ada untuknya

Kerana tuhan tahu keikhlasan di jiwanya

Saat terakhir aku meninggalkan tempat itu

Air mata turut mengalir di wajahnya

Aku tahu insan ini juga merasa kesedihannya

Perjuangan selama dua bulan sudah sampai ke akhirnya

Namun persahabatan serta persaudaraan ini kekal ke jalan allah sehingga selamanya



Percayalah dengan kata-kata ku berjuang menempah susah

Menanggung derita fitnah

Itulah gelombang samudera perjuangan seorang pejuang

Berjuang tak pernah senang..ombak derita tak pernah henti

Segalanya silih berganti itulah sunnah orang berjuang

Berjuang memang pahit 

kerana syurga itu manis

bukan sedikit pedih yang di tagih

berjuang rela terhina demi kebenaran segalanya gantian syurga





Nukilan: Nur Zawani binti Zakaria (LI WANI)

Sempena Hari Tentera  2019






Wahai Abah Aq Rindu

Nukilan Buat AbahKu

Abah...
Hari ini tamatlah sudah
Pengajianku
Menimba Ilmu sepenuh jiwa ku
Tatkala aku bersungguh dalam hidupku
Tinggal beberapa cebis 
Ingin aku buktikan buatmu
Tapi......
Abah telah pergi dahulu buat selama lamanya

Abah aq rindu
Menitis air mataku
Tatkala aq terkenang segala pesanmu
Kini yang tinggal hanyalah peringatan
Ingin aku teruskan kehidupan ku
Tapi aku seperti tidak mampu
Namun...aq percaya 
Allah memberi sesuatu kerana dia tahu seseorng itu mampu..:


#AkuWajibKuat
#AkuAnakSyurga
#AkuSayangEmakAbah

Sahabat








Bertemu Berpisah Kerana ALLAH....🤺❤️🤺

Pengalaman 3 Sahabat Gadis Kental




Telah banyak aku lalui sepanjang langkah yang telah di jejaki...berusaha hari demi hari hanya tersedar lamunan sendiri...gigih kami mencari pengalaman kehidupan...yang pasti tiada  onak duri maka tiadalah kebahagiaan hakiki.

Tiada lafaz yang bisa mengungkapkan namun kenangan yang allah beri sudah ada di suratan...agak2x apa kesudahan kami...

Pada asalnya tak pernah terlintas untuk berbuat demikian..kisah bermula bilamana aku..syera dan hanan semangat nak bekerja sewaktu cuti sem yang hanya sebulan...yelah kononnya nak tambah duit belanja  (zaman lanie semua perlukan duit) lepas itu pada awalnya kami bekerja di satu tempat di seremban nilai sebagai (ORANG PEMINTA WAKAF AL QURAN)..semangat kami memulakan kerja. HendaK di jadikan cerita kami hakikatnya memang mendapat layanan baik di sana kerjanyapun agak sebati dalam diri memandangkan kami bertiga mengambil kos agama iaitu KOS DAKWAH HUMAN RESOURCE, SYARIAH LAW dan QURAN SUNNAH KOMUNIKASI namun.....

Pada Hari pertama berkerja baru kami tahu begitu rupanya kerja kami...Kami tidak begitu selesa kerana tempat tinggal yang diberikan pada kami waktu itu bersebelahan dengan lelaki...herm...jadi kami berbincang untuk pergi mencari kerja lain yang sesuai...

Kami pulang semula ke Bangi tempat kami study...satu malam kami berbincang sehinggakan timbul idea untuk melaksanakan pembersihan ke rumah-rumah.Tanpa berfikir panjang kami buat ayat viral dan terus tidur...Pada keesokan harinya kami hairan kenapa terlalu banyak wassap yang masuk..kami terkejut dan baru sedar rupanya iklan kami itu telah tersebar dan orang gelar kami MAHASISWA PEMBANTU RUMAH..kami bukanlah pakar tapi kami buat sehabis baiknya...

Gaji yang diperolehi tidaklah sebanyak mana namun hakikatnya kami  seronok mendapat pengalaman sedemikian.Pelbagai jenis manusia kami temui hakikatnya banyak hikmah kami dapat membentuk jiwa dan peribadi kami.Sehingga ke hari ini ramai yang mempercayai kami namun walaupun kerja sedemikian di anggap kotor dan memenatkan tetapi ia merupakan kenangan dan pengalaman yang sungguh bermakna..Tidak kami sangka pada satu hari kami mencari barang di DIY kami mendapat satu panggilan telefon yang mengatakan beliau dari HARIAN METRO...Tidak kami sangka penceritaan kami ini di viralkan...apapon terubat kepenatan kami sewaktu kerja..bahagia tanpa di duga...semoga sedikit bingkisan ini memberi tauladan pada semua..ORANG MELIHAT KAMI INI MUDAH HIDUPNYA... NAMUN HAKIKATNYA TIADA SIAPA TAHU DUGAAN YANG DI TERIMA SEGALANYA MEMATANGKAN KAMI...




MAHASISWA PEMBANTU RUMAH

😊TIDAK PERNAH MENCARI POPULARITI MALAH TAK TERNANTI RADIO ATAU TV YANG PALING UTAMA KAMI YAKIN IAINYA REZEKI






#GadisKental
#DakwahHumanResource
#SyariahLaw
#QuranSunnahKomunikasi




Natijah Seorang Musafir Kental

Sebelum Perjalanan

a)      Kami membaca doa menaiki kenderaan


b)      Niat Musafir

Solat sunat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
 bersabda,

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ
وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

 “Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.”







Cara Melakukan Solat Sunat Musafir


            1)      Niat




             2)        Lakukan seperti solat sunat biasa dengan membaca surah:

      Rakaat pertama:  Al-Kafirun atau Surah Al-Kafirun

      Rakaat ke-dua:   Al-Ikhlas Surah atau An-Naas


             3)        Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah Al-Quraish sekali.


      Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)



Antara Kelebihan Musafir

            ·         Mustajabnya doa orang yang sedang bermusafir bukan dengan tujuan melakukan maksiat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa ibu/bapa, doa orang bermusafir dan doa orang yang dizalimi" (HR Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
            ·         Mengqasarkan solat fardhu yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat.

            ·         Menjamak solat iaitu menggabungkan dua solat dikerjakan dalam salah satu waktu.

            ·         Boleh berbuka puasa jika tidak larat

            ·         Bertayamum




# GadisKental


#TravelogDakwahOsakaJepun