Selamat Datang Insan Terpilih Berjiwa Kental,Hadirmu takdir tuhan,Selamat Berjuang

DUA BULAN BERGELAR PEJUANG


ASKAR WANITA KENTAL MEJAR MAZIYANI BINTI MANSOR

💝WANITA PEJUANG YANG KENTAL💝
MEJAR MAZIYANI BINTI MANSOR


ku tinggalkan penulisan ku di sini untuk sesiapa sahaja yang membacanya...mungkin satu hari nanti anak-anakku turut membaca penulisan ku ini...

MEJAR MAZIYANI BINTI MANSOR SEUNTAI ORKID KENANGAN ..


Orangnya sehebat namanya

seorang askar pejuang negara

wanita yang tangannya dalam diam menggoncang jiwa

Dalam derapan kakinya 

Memegang amanah taat setia yang diangkatnya dahulu

Pakaian yang dihadiahkan kepadanya

Menjadikan dia seorang askari pengangkat senjata,amanah dan kerjaya



Saat pertama kali mengenalinya

Terlihat susuk tubuh terdampak bangga

sejuta soalan ku muncul di minda

wanita askar berpangkat di dada

Bagaimana perjalanan hidupnya 

Pasti gerun yang mendengar pengalaman dirinya

Namun semua itu perjalanan dari tuhan untuknya



Takdir tuhan menetapkan aku untuk berjuang bersamanya

Mengapa perjuangan juga menjadi sebutan

Kerana aku di situ sjuta rasa perjuangan aku lalui

Dengan sejuta kesedihan tidak terperi

Pelbagai dugaan telah aku hadapi

Sehingga bonda ku mengatakan satu hari nanti akan ada seseorang menjadi tanda kemanisan



Beliau lah insan itu

mengajar aku sesuatu yang bermakna

aku perhati setiap saat kehidupannya

aku melihat setiap saat pergerakkannya

aku memandang kelebihannya

aku bangga dengan kehebatan yang tuhan beri kepadanya

aku juga menerima kelemahan dirinya

maka akhirnya dua bulan aku berjuang dengan kejayaan yang manis

tak mampu aku rungkaikan

hanya dengan kata-kata 

hakikatnya tuhan mengetahui segalanya



Segenap kata-kata aku berikan untuknya

Agar dirinya sentiasa kuat sehingga ke akhirnya

Semangat dalam dirinya

Melaksanakan seluruh tugasnya

Kadagkala insan lain tidak menilainya

Namun aku memerhati setiap inci jasanya

Lalu aku katakan dalam doaku

Hanya tuhan akan membalas jasamu



Pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidupnya

Kecemburuan insan lain terhadapnya

Tapi aku percaya allah sentiasa ada untuknya

Kerana tuhan tahu keikhlasan di jiwanya

Saat terakhir aku meninggalkan tempat itu

Air mata turut mengalir di wajahnya

Aku tahu insan ini juga merasa kesedihannya

Perjuangan selama dua bulan sudah sampai ke akhirnya

Namun persahabatan serta persaudaraan ini kekal ke jalan allah sehingga selamanya



Percayalah dengan kata-kata ku berjuang menempah susah

Menanggung derita fitnah

Itulah gelombang samudera perjuangan seorang pejuang

Berjuang tak pernah senang..ombak derita tak pernah henti

Segalanya silih berganti itulah sunnah orang berjuang

Berjuang memang pahit 

kerana syurga itu manis

bukan sedikit pedih yang di tagih

berjuang rela terhina demi kebenaran segalanya gantian syurga





Nukilan: Nur Zawani binti Zakaria (LI WANI)

Sempena Hari Tentera  2019






Wahai Abah Aq Rindu

Nukilan Buat AbahKu

Abah...
Hari ini tamatlah sudah
Pengajianku
Menimba Ilmu sepenuh jiwa ku
Tatkala aku bersungguh dalam hidupku
Tinggal beberapa cebis 
Ingin aku buktikan buatmu
Tapi......
Abah telah pergi dahulu buat selama lamanya

Abah aq rindu
Menitis air mataku
Tatkala aq terkenang segala pesanmu
Kini yang tinggal hanyalah peringatan
Ingin aku teruskan kehidupan ku
Tapi aku seperti tidak mampu
Namun...aq percaya 
Allah memberi sesuatu kerana dia tahu seseorng itu mampu..:


#AkuWajibKuat
#AkuAnakSyurga
#AkuSayangEmakAbah

Sahabat








Bertemu Berpisah Kerana ALLAH....🤺❤️🤺