Selamat Datang Insan Terpilih Berjiwa Kental,Hadirmu takdir tuhan,Selamat Berjuang

Pengalaman 3 Sahabat Gadis Kental




Telah banyak aku lalui sepanjang langkah yang telah di jejaki...berusaha hari demi hari hanya tersedar lamunan sendiri...gigih kami mencari pengalaman kehidupan...yang pasti tiada  onak duri maka tiadalah kebahagiaan hakiki.

Tiada lafaz yang bisa mengungkapkan namun kenangan yang allah beri sudah ada di suratan...agak2x apa kesudahan kami...

Pada asalnya tak pernah terlintas untuk berbuat demikian..kisah bermula bilamana aku..syera dan hanan semangat nak bekerja sewaktu cuti sem yang hanya sebulan...yelah kononnya nak tambah duit belanja  (zaman lanie semua perlukan duit) lepas itu pada awalnya kami bekerja di satu tempat di seremban nilai sebagai (ORANG PEMINTA WAKAF AL QURAN)..semangat kami memulakan kerja. HendaK di jadikan cerita kami hakikatnya memang mendapat layanan baik di sana kerjanyapun agak sebati dalam diri memandangkan kami bertiga mengambil kos agama iaitu KOS DAKWAH HUMAN RESOURCE, SYARIAH LAW dan QURAN SUNNAH KOMUNIKASI namun.....

Pada Hari pertama berkerja baru kami tahu begitu rupanya kerja kami...Kami tidak begitu selesa kerana tempat tinggal yang diberikan pada kami waktu itu bersebelahan dengan lelaki...herm...jadi kami berbincang untuk pergi mencari kerja lain yang sesuai...

Kami pulang semula ke Bangi tempat kami study...satu malam kami berbincang sehinggakan timbul idea untuk melaksanakan pembersihan ke rumah-rumah.Tanpa berfikir panjang kami buat ayat viral dan terus tidur...Pada keesokan harinya kami hairan kenapa terlalu banyak wassap yang masuk..kami terkejut dan baru sedar rupanya iklan kami itu telah tersebar dan orang gelar kami MAHASISWA PEMBANTU RUMAH..kami bukanlah pakar tapi kami buat sehabis baiknya...

Gaji yang diperolehi tidaklah sebanyak mana namun hakikatnya kami  seronok mendapat pengalaman sedemikian.Pelbagai jenis manusia kami temui hakikatnya banyak hikmah kami dapat membentuk jiwa dan peribadi kami.Sehingga ke hari ini ramai yang mempercayai kami namun walaupun kerja sedemikian di anggap kotor dan memenatkan tetapi ia merupakan kenangan dan pengalaman yang sungguh bermakna..Tidak kami sangka pada satu hari kami mencari barang di DIY kami mendapat satu panggilan telefon yang mengatakan beliau dari HARIAN METRO...Tidak kami sangka penceritaan kami ini di viralkan...apapon terubat kepenatan kami sewaktu kerja..bahagia tanpa di duga...semoga sedikit bingkisan ini memberi tauladan pada semua..ORANG MELIHAT KAMI INI MUDAH HIDUPNYA... NAMUN HAKIKATNYA TIADA SIAPA TAHU DUGAAN YANG DI TERIMA SEGALANYA MEMATANGKAN KAMI...




MAHASISWA PEMBANTU RUMAH

😊TIDAK PERNAH MENCARI POPULARITI MALAH TAK TERNANTI RADIO ATAU TV YANG PALING UTAMA KAMI YAKIN IAINYA REZEKI






#GadisKental
#DakwahHumanResource
#SyariahLaw
#QuranSunnahKomunikasi




Natijah Seorang Musafir Kental

Sebelum Perjalanan

a)      Kami membaca doa menaiki kenderaan


b)      Niat Musafir

Solat sunat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
 bersabda,

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ
وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

 “Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.”







Cara Melakukan Solat Sunat Musafir


            1)      Niat




             2)        Lakukan seperti solat sunat biasa dengan membaca surah:

      Rakaat pertama:  Al-Kafirun atau Surah Al-Kafirun

      Rakaat ke-dua:   Al-Ikhlas Surah atau An-Naas


             3)        Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah Al-Quraish sekali.


      Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)



Antara Kelebihan Musafir

            ·         Mustajabnya doa orang yang sedang bermusafir bukan dengan tujuan melakukan maksiat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa ibu/bapa, doa orang bermusafir dan doa orang yang dizalimi" (HR Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
            ·         Mengqasarkan solat fardhu yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat.

            ·         Menjamak solat iaitu menggabungkan dua solat dikerjakan dalam salah satu waktu.

            ·         Boleh berbuka puasa jika tidak larat

            ·         Bertayamum




# GadisKental


#TravelogDakwahOsakaJepun





Persediaan Utama Travelog Dakwah Musim Sejuk (osaka jepun)





Orang Kata Biar Ia menjadi kenangan ... Cerita abadi yang takkan dilupakan pahit getir segalanya pengetahuan tuhan hanya keberkatan yang  di pohonkan



6.1.2018 Tarikh dimana kami membuat persediaan untuk ke Osaka Jepun setelah beberapa bulan telah kami usahakan semampunya untuk bersedia ke sana dengan harapan Travelog Dakwah kami berjalan dengan lancar dan mudah mudahan pelbagai pengalaman dan tarbiah dapat kami ambil dari permusafiran ini.



9.1.2018 :Hari yang di impikn telah pun tiba bergetar telefon bimbit masing-masing menunjukkan tanda peringatan hari sejarah kami akan bertolak ke Osaka Jepun.Namun sebelum kami kesana pelbagai persedian telah kami lakukan.Maklumlah di sana adalah musim sejuk yang merupakan pengalaman pertama kami.Sebelum ke sana kami telah menyediakan beberapa senarai antara yang terpenting sepanjang pemusafiran kami di sana nanti antaranya:



Senarai Barang Keperluan Di Musim Sejuk

1.Passport dan Dokumen Penting Yang Berkaitan

😋woo ini perkara paling penting tau...passport heheh ada cerita di sebalik passport saya ...Tarikh lahir saya 4 januari teringin sangat nak buat passport tarikh tu..akhirnya tara passport saya tarikh yang cantik ehehhe ...hasil perjuangan NUR SYAHIRAH BT ISMAIL ZOAWE yg tudung kuning tu...heheh Yang tudung biru tu plak adik manis yang pi Jepun sama aku hehehe....gila tak sayang kat depa ni..walaupun sentiasa menyakitkan hati












2.Pakaian yang Bersesuaian

😳Perkara penting seterusnya adalah pakaian yang bersesuaian serta mematuhi hukum syarak.Hal ini Demikian kerana ia mempengaruhi keselesaan seseorang sewaktu bermusafir.Perkara paling utama adalah menutup aurat dimana ia sangat penting bila kita mengembara ke negara bukan Islam maka kita membawa imej agama kita yang wajib kita pelihara. Bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler, sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat




 a)      Baju Sejuk

ni antara baju sejuk yang aku pakai...heheh orang bagi semua ni....

b) Sarung Tangan




c) LongJohn


saya beli kat mudah.com jer

d) Heat Pack




   Antara yang kami cari sebelum pergi...tersangat penting untuk memanaskan...bolehlah taklah membantu sangat ...beli kat Daiso...


    e)       Kasut Yang Bersesuaian

Sebaiknya pakai kasut sport biar longgar jangan ketat...jika tidak sengsara juga nak berjalan yang pasti mesti selesa

  f) Wifi Pocket


      Hahh sahabat semua pastikan benda ni ada tau...wifi pocket namanya sewa je dekat malaysia ada search kat instagram..berpatutan..kenapa bagi saya patut ada yang paling utama mudah jika berlaku kecemasan.

        g) Bawa Adaptor atau plug Universal



   h ) Makanan






  keperluan makanan di Osaka bagi memudahkan urusan perlancongan di sana.Kami menggunakan makanan ‘travel’ dari jenama Brahim.Kami bawa juga bersama roti dan sebagainya haaaa yang paling penting sekali jangan lupa MAGGI sebab waktu sejuk meggi la paling sedap...
        
         i) Tukar Duit Atau Matawang Asing 


  Elakkan menukar wang di bank atau di lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah. Terdapat  di sesetengah negara yang kita boleh dapat tukaran wang yang lebih tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan kemudahan untuk menukar wang di negara tersebut. Sedikit matawang asing negara tersebut mesti di bawa bersama untuk mengelakkan kita menghadapi kesusahan menukar wang.Kami menukar duit di Tesco Bandar Seri Putra.

contoh duit hahaha x adanya banyak macamtu


sekadar perkongsian kenangan dan pengalaman

#GadisKental
#TravelogDakwahOsakaJepun