Selamat Datang Insan Terpilih Berjiwa Kental,Hadirmu takdir tuhan,Selamat Berjuang

12 golongan Mendapat Doa Malaikat































12 Golongan yang mendapat doa para Malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37) 

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. (Tidak meninggalkan ruang kosong dalam saf)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika imam selesai membaca surah Al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat subuh dan solat asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakannya.

9. Orang yang berinfaq di jalan Allah.

10. Orang yang makan sahur.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" 


11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

12. Seseorang yang sedang mengajar kebaikan kepada orang lain.

#kedamaian
#GadisKental


Tiada ulasan:

Catat Ulasan