Sebelum Perjalanan
a) Kami membaca
doa menaiki kenderaan
b) Niat Musafir
Solat sunat Musafir atau Solat Safar adalah
solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu
ingin memulakan sesuatu perjalanan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam
bersabda,
إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ
مَخْرَجِ السُّوْءِ
وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ
مَدْخَلِ السُّوْءِ
“Jika kamu keluar
dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan
menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki
rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan
yang masuk ke dalam rumah.”
Cara Melakukan Solat Sunat Musafir
1) Niat
2) Lakukan seperti solat sunat biasa dengan
membaca surah:
Rakaat pertama: Al-Kafirun atau Surah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua: Al-Ikhlas Surah atau An-Naas
3) Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah
Al-Quraish sekali.
Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum
keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya
sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat
dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar
al-Kutub al-Islamiyah.)
Antara Kelebihan Musafir
·
Mustajabnya doa orang yang sedang bermusafir
bukan dengan tujuan melakukan maksiat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
"Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa ibu/bapa, doa orang bermusafir
dan doa orang yang dizalimi" (HR Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
·
Mengqasarkan solat fardhu yang 4 rakaat
menjadi 2 rakaat.
·
Menjamak solat iaitu menggabungkan dua solat
dikerjakan dalam salah satu waktu.
·
Boleh berbuka puasa jika tidak larat
·
Bertayamum
# GadisKental
#TravelogDakwahOsakaJepun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan