Orang Kata Biar Ia menjadi kenangan ... Cerita abadi yang takkan dilupakan pahit getir segalanya pengetahuan tuhan hanya keberkatan yang di pohonkan
6.1.2018 Tarikh dimana kami membuat persediaan untuk ke
Osaka Jepun setelah beberapa bulan telah kami usahakan semampunya untuk
bersedia ke sana dengan harapan Travelog Dakwah kami berjalan dengan lancar dan
mudah mudahan pelbagai pengalaman dan tarbiah dapat kami ambil dari
permusafiran ini.
9.1.2018 :Hari yang di impikn telah pun tiba bergetar
telefon bimbit masing-masing menunjukkan tanda peringatan hari sejarah kami
akan bertolak ke Osaka Jepun.Namun sebelum kami kesana pelbagai persedian telah
kami lakukan.Maklumlah di sana adalah musim sejuk yang merupakan pengalaman
pertama kami.Sebelum ke sana kami telah menyediakan beberapa senarai antara
yang terpenting sepanjang pemusafiran kami di sana nanti antaranya:
Senarai Barang Keperluan Di Musim Sejuk
1.Passport dan Dokumen Penting Yang Berkaitan
😋woo ini perkara paling penting tau...passport heheh ada cerita di sebalik passport saya ...Tarikh lahir saya 4 januari teringin sangat nak buat passport tarikh tu..akhirnya tara passport saya tarikh yang cantik ehehhe ...hasil perjuangan NUR SYAHIRAH BT ISMAIL ZOAWE yg tudung kuning tu...heheh Yang tudung biru tu plak adik manis yang pi Jepun sama aku hehehe....gila tak sayang kat depa ni..walaupun sentiasa menyakitkan hati
2.Pakaian yang Bersesuaian
😳Perkara penting seterusnya adalah pakaian yang
bersesuaian serta mematuhi hukum syarak.Hal ini Demikian kerana ia mempengaruhi
keselesaan seseorang sewaktu bermusafir.Perkara paling utama adalah menutup
aurat dimana ia sangat penting bila kita mengembara ke negara bukan Islam maka
kita membawa imej agama kita yang wajib kita pelihara. Bercuti di musim sejuk
pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung
tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler, sehelai baju sejuk atau
sweater, sehelai winter coat
a) Baju Sejuk
ni antara baju sejuk yang aku pakai...heheh orang bagi semua ni....
b) Sarung Tangan
c) LongJohn
saya beli kat mudah.com jer |
d) Heat Pack
Antara yang kami cari sebelum pergi...tersangat penting untuk memanaskan...bolehlah taklah membantu sangat ...beli kat Daiso...
e) Kasut Yang
Bersesuaian
Sebaiknya pakai kasut sport biar longgar jangan ketat...jika tidak sengsara juga nak berjalan yang pasti mesti selesa
f) Wifi Pocket
Hahh sahabat semua pastikan benda ni ada tau...wifi pocket namanya sewa je dekat malaysia ada search kat instagram..berpatutan..kenapa bagi saya patut ada yang paling utama mudah jika berlaku kecemasan.
g) Bawa Adaptor atau
plug Universal
h ) Makanan
keperluan makanan di Osaka bagi memudahkan
urusan perlancongan di sana.Kami menggunakan makanan ‘travel’ dari jenama
Brahim.Kami bawa juga bersama roti dan sebagainya haaaa yang paling penting sekali jangan lupa MAGGI sebab waktu sejuk meggi la paling sedap...
i) Tukar Duit Atau Matawang Asing
Elakkan menukar wang di bank atau di lapangan
terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah. Terdapat di sesetengah negara yang kita boleh dapat
tukaran wang yang lebih tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan kemudahan
untuk menukar wang di negara tersebut. Sedikit matawang asing negara tersebut
mesti di bawa bersama untuk mengelakkan kita menghadapi kesusahan menukar
wang.Kami menukar duit di Tesco Bandar Seri Putra.
contoh duit hahaha x adanya banyak macamtu
sekadar perkongsian kenangan dan pengalaman
#GadisKental
#TravelogDakwahOsakaJepun
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan