Selamat Datang Insan Terpilih Berjiwa Kental,Hadirmu takdir tuhan,Selamat Berjuang

TRAVELOG DAKWAH OSAKA JEPUN (BINGKISAN GADIS KENTAL)


"Assalammualaikum" kepada sesiapa yang sudi membacanya...TRAVELOG DAKWAH KE OSAKA JEPUN..Satu kenangan dan pengalaman yang tak mampu aku lupakan..Tak pernah terfikir di dalam akal nak pergi ke tempat ini namun allah takdirkan sesuatu agar mendapat pengalaman dan ibrahnya...

 🌝Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi.Islam sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu pengetahuan. Allah menegaskan manusia supaya melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi.Kesemuanya itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan. Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari.

🌝Dalam firman allah dalam surah Al Luqman ayat 31 iaitu Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

nak tahu seterusnya panjang lagi ni...nukilan syahdu....tunggu....
penulisan ku akan jadi tatapan kenangan mungkin akan jadi rujukan,mungkin juga sebagai dakwah islam pelbagai cara...moga ku tinggalkan selembar penulisan ini memberi saham akhirat buatku...teruskan maju...

"kita bukan pemula,kita bukan pengakhir,tapi kita penyambung generasi islam"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan